Bank Negara Indonesia Memperkukuhkan Perkongsian dengan Cloudera untuk Meningkatkan Transformasi Perniagaan yang Berasaskan AI
Platform Cloudera yang selamat dan berskala tinggi bakal menjadi pemacu utama fasa baharu transformasi digital BNI, dengan keupayaan menjana cerapan masa nyata, memperkukuhkan pembelajaran mesin termaju serta menggalakkan kerjasama rentas agensi.
SINGAPURA, Aug. 08, 2025 (GLOBE NEWSWIRE) -- [EVOLVE25] – Cloudera, satu-satunya syarikat yang mengintegrasikan teknologi AI dengan data di mana sahaja, hari ini mengumumkan bahawa Bank Negara Indonesia (BNI) sedang memperkukuhkan kerjasama strategiknya bersama Cloudera bagi mempercepatkan inovasi kecerdasan buatan (AI) di seluruh organisasi. Dengan memanfaatkan platform data terbuka dan hibrid Cloudera, BNI kini memperkemaskan rantaian bekalan AI mereka dengan menyatukan proses pengambilan data, tadbir urus, analitik dan pembelajaran mesin dalam satu persekitaran tunggal yang menyeluruh dan bersepadu.
BNI merupakan antara organisasi terawal yang menggunakan Cloudera AI Inferencing, yang dibangunkan berasaskan mikroservis NVIDIA NIM. Perkhidmatan di premis ini membolehkan pelaksanaan model bahasa besar (LLM) sumber terbuka secara selamat dan boleh dipercayai pada infrastruktur pemprosesan dipercepatkan NVIDIA—memberikan keupayaan kepada BNI untuk memperluaskan skala aplikasi AI generatif dengan selamat sambil mengekalkan kawalan penuh terhadap data sensitif. Pelaksanaan sepenuhnya dijangka selesai menjelang hujung 2025, dengan BNI bekerjasama erat bersama Cloudera dan NVIDIA untuk memastikan prestasi optimum, pematuhan terhadap piawaian serta ketahanan sistem di setiap peringkat pelaksanaan.
Kami berbangga menjadi antara institusi kewangan terawal yang mengguna pakai perkhidmatan AI Inference daripada Cloudera. “Teknologi ini menyediakan infrastruktur yang membolehkan kami memperluaskan aspirasi AI generatif dengan selamat dan cekap, sambil memastikan pematuhan terhadap landskap peraturan Indonesia yang sentiasa berkembang,” kata Toto Prasetio, Ketua Pegawai Maklumat BNI. "Ini merupakan langkah besar ke hadapan dalam usaha kami untuk menyediakan perkhidmatan perbankan digital yang lebih bijak, pantas dan bertanggungjawab kepada rakyat Indonesia."
BNI memilih Cloudera atas keselarasan kukuh dengan kehendak peraturan Indonesia serta keupayaannya untuk menyokong pelaksanaan AI pada skala perusahaan. Platform data bersepadu Cloudera menawarkan tadbir urus yang kukuh, keselamatan menyeluruh dan fleksibiliti pelaksanaan hibrid—memastikan pematuhan terhadap peraturan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Indonesia atau dikenali sebagai Otoritas Jasa Keuangan (Indonesian Financial Services Authority, OJK) dan Bank Indonesia (BI) sambil menyokong matlamat kedaulatan data BNI. Keupayaan AI dan pembelajaran mesin, digabungkan dengan asas sumber terbuka, membolehkan BNI meningkatkan usaha analitik ramalan, pengesanan penipuan dan pemperibadian pelanggan secara cekap dan selamat.
Sementara integrasi inferens sedang dijalankan, BNI telah pun menggunakan pembelajaran mesin untuk:
- Cadangan Produk: Mencadangkan produk perbankan yang relevan berdasarkan sejarah pelanggan.
- Analitik Rantaian Bekalan: Mengoptimumkan aliran bahan dan rangkaian vendor untuk menambah baik kecekapan serta mengurangkan risiko operasi.
- Pengesanan Perjudian Dalam Talian: Menggunakan pemantauan masa nyata dan model pembelajaran mesin untuk mengesan, membeku serta melaporkan akaun yang mencurigakan—sekali gus menyumbang kepada usaha nasional membanteras perjudian dalam talian melalui kerjasama dengan Pusat Pelaporan dan Analisis Transaksi Kewangan (Financial Transaction Reports and Analysis Center, PPATK), Kominfo, OJK serta BI di Indonesia.
- Chatbot untuk Pengetahuan Produk: Membekalkan pengurus perhubungan dengan respons dipacu oleh AI untuk menangani pertanyaan pelanggan.
-
Ramalan Penamatan Perkhidmatan: Mengenal pasti pelanggan berisiko yang mungkin menamatkan hubungan dengan bank dan mengambil langkah proaktif untuk meningkatkan kadar pengekalan.
“Kami teruja untuk memperkukuhkan kerjasama kami dengan BNI ketika mereka menerajui fasa seterusnya perbankan berasaskan AI di Indonesia,” kata Remus Lim, Naib Presiden Kanan bagi Asia Pasifik dan Jepun di Cloudera. “Dengan mengguna pakai Platform Data Bersepadu dan AI Inference daripada Cloudera, BNI menerajui usaha untuk mengoperasikan AI generatif secara berskala dengan selamat. Kerjasama ini menekankan komitmen kami untuk memperkasakan institusi kewangan di Indonesia dengan infrastruktur AI yang dipercayai, berskala, dan bersedia untuk pematuhan peraturan.”
Ketika BNI terus memodenkan seni bina datanya, Cloudera bersama ekosistem AI-nya membolehkan bank tersebut menerajui landskap kewangan digital Indonesia dengan selamat dan bertanggungjawab.
Perihal Cloudera
Cloudera merupakan satu-satunya syarikat platform data dan AI yang dipercayai oleh organisasi besar untuk membawa AI terus ke lokasi data mereka. Tidak seperti penyedia lain, Cloudera menawarkan pengalaman awan yang konsisten dengan penyatuan awan awam, pusat data di premis, dan edge — semuanya berlandaskan asas sumber terbuka yang telah terbukti. Sebagai perintis dalam bidang data besar, Cloudera memperkasakan perniagaan untuk menerapkan AI dan mengawal 100% data mereka dalam semua bentuk, sekaligus menambah baik keselamatan, tadbir urus, serta cerapan masa nyata dan ramalan. Jenama terbesar dunia merentasi pelbagai industri bergantung kepada Cloudera untuk mengubah cara membuat keputusan demi meningkatkan keuntungan, melindungi daripada ancaman, malah menyelamatkan nyawa.
Untuk mengetahui lebih lanjut, layari Cloudera.com dan ikuti kami di LinkedIn dan X. Cloudera dan tanda yang berkaitan merupakan tanda dagangan atau tanda dagangan berdaftar milik Cloudera, Inc. Semua nama syarikat dan nama produk lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.
Hubungi
Jess Hohn-Cabana
cloudera@v2comms.com

Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.
